Tuesday, July 28, 2009

Sejarah Pusat Sumber SMK. St. George


Sekolah Menengah Kebangsaan St. George dahulunya dikenali sebagai St. George Institution telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 18hb. Januari 1915. Pada masa itu di daerah ini telah ada tiga buah sekolah lain iaitu Sekolah King Edward VII, Sekolah Perempuan Lady Treacher dan Sekolah Convent. Brother James Gilbert merupakan pengarah St. George Institution yang pertama dibantu oleh tenaga pengajarnya yang lain iaitu Bro. Ernan Xavier, Bro. Conde Anslem, Bro. Mattthias Patrick, Encik Charles Rustens, Encik Andrew Barned dan Encik Teoh Ke Boon.
Ketika itu St. George Institution hanya mampu menampung 49 orang penuntut sahaja dan bangunannya pula adalah bangunan kayu yang dibina di atas sekeping tanah yang dihadiahkan oleh tiga orang adik beradik iaitu Encik Kwa chooi Seng, Encik Kwa Chooi Kim dan Encik Kwa Chooi Chuan.Sek.Men. Keb. St. George adalah sebuah sekolah La Salle.
Tidak dapat dapat dipastikan dengan tepat bilakah pusat sumber sekolah ini dibuka tetapi ada sumber mengatakan Pusat Sumber Sek. Men. Keb. St. George ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1965. Pusat sumber ini turut mengalami perubahan seiring dengan perkembangan sekolah ini
Pada mulanya Pusat sumber ini dikenali sebagai Perpustakaan Sekolah tetapi mulai 1984, konsep perpustakaan telah diubahsuai kepada Pusat sumber Sekolah sejajar dengan perkembangan jenis koleksi, fungsi dan perkhidmatan yang telah diubahsuai mengikut perkembangan teknologi pendidikan.

1 comment:

  1. Why do you wrote the name of my great grandfather Kwa Chooi Kim here?.P/s explain.Chan Hock Kin - adamantine4@yahoo.com

    ReplyDelete